Friday 9 December 2011

Ada sendu dihati ini..

Mengapa....
Bila kita dah hilang sesuatu, kita dah rasa kita yakin kita takkan mengingatinya lagi tapi rupanya kita kalah dengan situasi kenangan menggamit kalbu. Tiba-tiba hati terusik dengan kenangan2 indah dulu. Padahal semasa bergaduh, masam muka, benci menyampah semua kita tak teringat sedetik pun tentang itu. Tentang saat manis bersama itu. Chop!! ada saat-saat masa bersama tu tak manis pun sangat tapi bila kadang-kadang kenangan tu datang terus jadi indah dan manis dan berkrim.
Mengapa.....
Bila sesuatu tu dah takde, baru kita menyesal kerana kehilangan. Baru kita tau yang kita perlukan dia walaupun kita ada cara hidup kita. Baru kita tau dialah yang terbaik untuk kita. Dan yang paling sedih, dialah pelengkap hidup kita. Bila segala-galanya dah tiada............
Mengapa....
Bila dah terjadi baru menyesali dan meratapi?. Baru nak ingat segala-galanya yang pernah dia buat untuk kita. Baru menghargai pengorbanan dia. Mengapa baru sekarang? Mengapa lambat? Mengapa sebelum ni perasaan bersalah kita tak muncul? Mengapa bila segalanya tak memungkinkan untuk bersama dia lagi?
Mengapa....
kita perlu hidup dalam kenangan?. Segalanya kita nak lupakan tapi kadang-kadang ada benda yang tak terlintas melintasi hadapan kita. Tiba-tiba masa tengok tv, masa dengar radio ada lirik-lirik lagu yang berkaitan, tempat-tempat yang pernah kita lewati bersama dia, cerita yang pernah kita kongsi dengan dia, rahsia kita kongsi bersama..
Dan mengapa...
perasaan ini lewat tiba......

2 comments:

  1. setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya...mungkin ia bukan jodoh kamu...mmg sukar utk melupakannya...kenangan yg ada pasti akan terus menjadi kenangan....be strong girl...:)

    ReplyDelete