Dah lama aku tak penah simpan apa-apa azam. Sebab apa yang aku impikan dan inginkan serta harapkan tak penah jadi kenyataan. Bukan tentang aku tak berusaha, apa yang aku usaha dan lakukan Alhamdullilah..ada yang berjaya tapi itu bukan dalam senarai azam aku. Itu pencapaian biasa dalam kehidupan biasa.
Perlu ke ada azam?
Perlu bagi yang mempunyai target dan tahu ada jalan. Tapi kalo simpan azam tapi dah tau tak mungkin jadi kenyataan tu dah jadi angan-angan mat jenin. Azam misti kena dengan apa yang kita tahu, kita ada dan usaha diri kita.
Aku cuma impikan hidup yang tenang dan bahagia. Buat apa yang aku mahu dan suka. Dan cuba baiki diri. Itu je. Simpan banyak-banyak pun tak guna. Ok, bila dah ada azam, sepatutnya kena pikir macamana nak dapatkan azam tu kan. Tadi cakap nak hidup bahagia dan tenang. Tapi macamana? Bahagia bila kita mengkehendakinya dengan cara kita nak. Bahagia dengan orang yang kita sayang, dengan kerjaya, dengan kawan-kawan. Bahagia ke bila hati memendam duka? Oh sama sekali tidak. Aku dah banyak menangis. Moga tahun mendatang aku dapat simpan air mata tu untuk khabar gembira saje.
Ada yang menyimpan azam sebagai motivasi. Bagus sangat sebab bila awal tahun tu bersungguh-sungguh dan gigih nak buat. Pastu...pastu??hhhmmmmm nan hado..So, kalo azam bermotivasi tu cubalah mendisplinkan diri sendiri nak membuatnya. Sendiri punya badan beb.
Ok, setelah sekian lama aku tak punyai azam. Maka tahun ni aku isytiharkan diri ni patut ada azam..beserta cara-cara nak capai. Senang nak dijadikan panduan hidup tu tadi.
Ehem, my new year resolution is:
- to loose on weight. Solution: work out 3 times per week and get the membership at Lele Gym..mampu ker?
- to focus and concentrate on my study. Solution: Forget FB..mampu ker???
- to be a good teacher. Solution: eh memang aku bagus ape...hahahaha..nope! I'm talking about the book marking and number of exercises given. Especially to my Year 6 pupils...mampoo?
- to be a good worker, since I hate filing system. Solution: don't postpone anything!!!! ko mampoo?
- to travel somewhere, opkos it must within my budget laa... Solution: berjimat cermat amalan mulia...harap-harap mampu...hehe
- to be a good daughter, a good sister (in laws), a good friend, a good citizen, a good person, and a good lover gitew....
No comments:
Post a Comment