Showing posts with label I like to eat. Show all posts
Showing posts with label I like to eat. Show all posts

Tuesday, 1 November 2011

Pavlova d'amour

Recently I read a blog about Pavlova cake..sounds interesting & very the italiano..hehe yeke bedal je lah..As a food lover..(gitew) I do some research about this cake..(pehh tak serajin ko buat research action ek..)..so let me share with you the recipe then U bake the cake then I come and try the cake eh..

First, kena tunjuk gambo dulu baru korang teruja nak buat kek ni on the spot..
terujanya....terujanya...
Saya malas nak citer pasal sejarah pavlova ni so we skip to the ingredients ...

Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - elok pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh..

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.? 

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova. 

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Seeloknya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp... Dah jadi bulat. 

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan..

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Sila panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.
gitulah ceritanya..So apa tunggu lagi...g lah buat..jap lagi I datang makan...hehe

Saturday, 29 October 2011

Food...food...everywhere

Let's start with a cup of coffee @Mister Coffee...

snow ice @ Iceroom, Nilai wit my bffs. Lihatlah kepanjangan sudu itu..

charkuewteow from Muar town...ala2 je uols

Roti arab @ Uncle John Kopitiam


murah ka..mahal ka..ada akak kesah...yg penting jejari tu uols..syedapppp

celebrating my birthday with bffs @ Secret Recipe

Da companion..@SR

Nasi ayam penyek + sirap bandung @ Mann Mini Cafe
cheesy pasta @SR..muak la pulaks
homemade banana iceblended...letak gula kabung taw..mmg sedap
roti tisu @ Darul Mahsyur
ala...takkan tak taw katne ni..
my homemade puding buih..one of my mom's favourite
Yam snow ice @ PP Asam Laksa...
bubur pulut durian...sayang mak
sup sirip ikan yu...1st time I makan ni uols..

Karipap sadin sebeso hp...korang ada?







Thursday, 27 October 2011

Mai Penang..

at Gurney Drive having our 1st nite dinner

the kids in action

who's bother others when u have this kind of superdelicious meal..anyone???
Pertengahan bulan Oktober baru2 ni sy ikut rombongan sekolah g Perak & Penang..Nak g sendiri tak mampu uols huhu..Apa yang paling excited tentang g jenjalan ni ialah makanan. Saya suka makan makanan yang takde kat tempat sendiri.  Cuma agak keciwa dengan char kuey teow yg ada kat Gurney Drive. Tak seperti yg saya bayangkan & harapkan..Kawan cikgu saya kata ada kat USM tp driver bas tu kata payah nak parking..*%#&!#??!!...so, yg saya betul2 puas ati ialah nasik kandar 5 rasa kat Khaleel Restoran kat Batu Feringhi tu & pasembor kat Gurney Drive..terbaekkkk!!!!
nasi kandar 5 rasa katanya...sebab ada 5 jenis kuah..terbaeklahh

charkuewteow..byk gerai yg jual tp yg ni x brape best tp abis jugak..

                    
pasemboq...I loikeeeee                                 

Friday, 12 August 2011

Yang mana satu idaman tekak anda..

Kuih yg bangun sendiri= Kuih Bangkit
Kuih org x mandi= Kuih Bau-lu
Kuih paling tenteram= Kuih Makmur
Kuih paling lembap= Kuih Siput
Kuih paling style = Kuih CARA.
Kuih untuk mekap = Tepung Gomak.
Kuih berlagu = Qasidah.
kuih penuh dgn harapan = Agar-agar
kuih paling berbahaya = kuih boom
Kuih paling gangster= Lompat Tikam
Kuih paling sexy= Puteri Mandi
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka 
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam