Showing posts with label Queen of pain. Show all posts
Showing posts with label Queen of pain. Show all posts

Friday, 9 December 2011

Ada sendu dihati ini..

Mengapa....
Bila kita dah hilang sesuatu, kita dah rasa kita yakin kita takkan mengingatinya lagi tapi rupanya kita kalah dengan situasi kenangan menggamit kalbu. Tiba-tiba hati terusik dengan kenangan2 indah dulu. Padahal semasa bergaduh, masam muka, benci menyampah semua kita tak teringat sedetik pun tentang itu. Tentang saat manis bersama itu. Chop!! ada saat-saat masa bersama tu tak manis pun sangat tapi bila kadang-kadang kenangan tu datang terus jadi indah dan manis dan berkrim.
Mengapa.....
Bila sesuatu tu dah takde, baru kita menyesal kerana kehilangan. Baru kita tau yang kita perlukan dia walaupun kita ada cara hidup kita. Baru kita tau dialah yang terbaik untuk kita. Dan yang paling sedih, dialah pelengkap hidup kita. Bila segala-galanya dah tiada............
Mengapa....
Bila dah terjadi baru menyesali dan meratapi?. Baru nak ingat segala-galanya yang pernah dia buat untuk kita. Baru menghargai pengorbanan dia. Mengapa baru sekarang? Mengapa lambat? Mengapa sebelum ni perasaan bersalah kita tak muncul? Mengapa bila segalanya tak memungkinkan untuk bersama dia lagi?
Mengapa....
kita perlu hidup dalam kenangan?. Segalanya kita nak lupakan tapi kadang-kadang ada benda yang tak terlintas melintasi hadapan kita. Tiba-tiba masa tengok tv, masa dengar radio ada lirik-lirik lagu yang berkaitan, tempat-tempat yang pernah kita lewati bersama dia, cerita yang pernah kita kongsi dengan dia, rahsia kita kongsi bersama..
Dan mengapa...
perasaan ini lewat tiba......

Saturday, 12 November 2011

Ku pendam sebuah duka


Untuk dia yang pernah hadir dalam hidup saya..terima kasih atas semua kenangan. Jodoh kita tak panjang... Selamat pengantin baru....

Friday, 11 November 2011

I am a fighter?

Dikeheningan malam Jumaat ini, aku  menatap macbook ku sambil merenung skrin dengan fokus. (ceh nak wat intro sastera tapi tak jadi...uhuk..)Baru siap satu assignment tapi tak taw la apa yang aku merepek dan meraban. Bila dah umo macam ni baru nak sambung belajar inilah risiko yang perlu dihadapi. Bergelut dengan masa, masalah kerja, masalah peribadi, nak jenjalan, yang mana ada family nak jaga laki, bini, anak2..makan pakai dorang, urusan umahnya lagi..cam terbebankan..tapi tulah, setiap yang kita pilih ada benda yang perlu kita bayar. dan tak semua benda bagi semua orang kita akan dapat semuanya. Ada orang yang bertuah dengan apa yang dikurniakan padanya. Ada yang terpaksa hilang sesuatu untuk dapatkan sesuatu. Bagi aku, sebagai diri sendiri memang kadang-kadang kita akan rasa tak puas hati, mengapa kita tak hidup macam orang lain. Mudah je dapat apa yang dia mahu. Tapi tahukah kita apa yang kita nampak best tu tak semestinya best bagi dia. Mungkin dia pun tengok kita dan nak kehidupan macam kita. Kita tak tahu apa dalam hati masing-masing kan..

Sebagai manusia yang beragama..BERSYUKURLAH..
Bersyukur dengan apa yang kita ada. Percaya pada takdir. Percaya pada ketentuan.
Kita yang menjalankan hidup kita sendiri. Belajar dari kesilapan..
Saya selalu mengingatkan diri agar menjadi kuat setiap hari. Tabah hadapi hidup. Tapi kadang-kadang tewas dengan persekitaran dan feeling sendiri. Bab2 airmata ni mak memang ratu uols...hehe

So, memang hidup macam ni. Kalau asik mengeluh tentang masalah, kecewa, sentap, memang itu yang kita hadapi hari-hari. Cuma, kadang-kadang orang tak paham yang kita cuma meluahkan apa yang ada dalam hati kita. Tak dapat selesaikan masalah pun takpe asalkan ada orang dengar pun dah cukup. Bagi kita kadang-kadang respon...'yeke?...'ohhh..' pun dah cukup. Tak dapat setle kan takpe..saya paham..Kita cuma nak ada orang mendengar sebab kita sedia maklum itu masalah dalam kehidupan sehari-harian kita. Nak taknak kita kena hadapi jugak. Cuma saya kalo boleh taknak terlalu ikutkan perasaan walopun perkara macam tu berlaku jugak. Nak2 lagi kita tengok kat TV ada cerita yang lebih kurang sama dengan masalah yang kita hadapi masa tu. tambah pulak dengan lagu2 mendayu tersusuk duri dihatiku...pehhhhh layan tak hengat.. terus rasa macam kita pulak yang berlakon watak tu..hehe
(berdasarkan pengalaman Rohana bukan nama sebenar)

Oleh itu...ehem..marilah kita bersama-sama menadah tangan mengucapkan Alhamdullilah atas kurniaan ini. Masalah dan dugaan tu sebenarnya satu kurniaan kerana tak semua orang kuat untuk hadapi tu semua. Kita antara yang terkuat dan tertabah (iskh perosak bahasa sungguh!) Yakin pada diri dan teruskanlah meluah perasaan walo takde sapa yang mendengar atau mendengar sekadar mengambil hati...(tak semua macam tu)..

Selamat malam dunia..Selamat malam sayang..


Yeah...go Ana go..enter your own problems..Fight! Fight! Fight!!

Monday, 31 October 2011

Be strong girl

Sepatutnya disaat waktu ketika ini saya menyibukkan diri dengan menyiapkan 3 asignment yang perlu siap dalam 3 minggu ni. tapi sebagai manusia memerlukan motivasi untuk membuat sesuatu kan? cheh kalah budak nak amik exam..bukan motivasi a.k.a ceramah panjang lebar tu..I mean motivasi hati.. pehhh penah dengar tak..tak penah mungkin tp penah alami kan...
I used being ignored by people sometimes....atau saya yang rasa mcm tu..atau saya tak memahami orang tu..atau orang lain takde rasa apapun tapi perasaan saya je yang mcm tu..atau...atau ko je yang mengada2...heheheh

Belajarlah untuk memahami situasi orang lain..Kadang2 diorang pun tertekan dengan masalah diorang sendiri..ataupun sibuk memikirkan hal mereka sendiri..ataupun malas nak amik tau pasal ko..baik aku pikirkan idup aku ni dulu..kata mereka..huhu

Jadi, mengapa pendekatan terus terang tu tak digunakan?.. mengapa perlu meneka dalam kesamaran? wahhh..dah mula la rohana ni dah...Bukan apa, dalam nak memahami orang ni kita kena memahami lenggok bahasa dorang dulu supaya kita tak mudah salah faham..betul tak? Misinterpretation selalu berlaku, pastu majuk sensorang sebab orang tu tak maksudkan macam tu tapi penerimaan ko yang salah.

Duhai hati, tenanglah..

*Tapi ko ada ke kekuatan untuk cakap apa sebenarnya dalam hati ko, apa sebenarnya yang ko nak..
#Tak.
*sebab apa?
#takut pada rejection atau orang tak boleh nak menerima idea kita, cadangan kita, kehendak kita..
*kalau orang tu beri alasan, ko terima?
#alasan untuk menolak ke..?
*lebih kurang laa...
#kena fahami dulu kata2 dia sama ada dia memang ada alasan atau tak berminat dengan kehendak kita..
*hmmmm....

So, sebelum cakap apa2..kaji dulu respon dia, kalo rasa2 dia cam taknak baik jangan cakap..
Tapiiiiiii kalo tak cakap tak tahu!!!
sebelum termalu kannn....
hihihihi....

Ye memang saya jiwang..huhu

When we roam on cyberspace...cewah! we will find lots of things that can convey our message to others, not by the words but pictures..(bukan dlm picture tu ada words ke cik ana oiiii..)..


hehehe...


but the point is, we can deliver what we want to say from deep inside our heart through these cute messages. People are creative. Some people are creative. Some people are creative in using others creativity. I used to be creative before..during my college time together with my friend,Mai we created fancy junky cards for our boyfriends (which we split in those years also..huhu..jodoh takde). These messages bring back those memory years of me with Mai..(Mai, this entry for u lah) :)


notis pemberitahuan...haha


dammit so true!!

I suka kartun kan...so semuanya pasal kartun lah..hehe..ni yg ada kaitan dengan saya ye..

Sunday, 30 October 2011

Sweet..

I don’t need of someone who gives his whole time just to be with me then someday leave me. I prefer to be with someone who is so busy but at the end of the day calls me just to say,
“Goodnight, I miss you but I need to sleep. I had tough day. Don’t worry because tomorrow, I’m still yours."
ohhh...how sweet!

Saturday, 29 October 2011

sajak jiwang rentung..

The picture was taken during my trip to Penang Butterfly Farm..
Akukah yang hadir
dalam setiap hela nafasmu
akukah yang didamba
dalam dingin malam yang membeku
merindu..memuja purnama
mendakap kenangan beribu tahun lamanya
entahkan tahu entahkan tidak
titipkan segenap resah yang singgah
mencari secangkir harapan
walau payah..
tetaplah kau disitu
hiasan terindah arca mimpiku....

Wordless days..