Friday 11 November 2011

I am a fighter?

Dikeheningan malam Jumaat ini, aku  menatap macbook ku sambil merenung skrin dengan fokus. (ceh nak wat intro sastera tapi tak jadi...uhuk..)Baru siap satu assignment tapi tak taw la apa yang aku merepek dan meraban. Bila dah umo macam ni baru nak sambung belajar inilah risiko yang perlu dihadapi. Bergelut dengan masa, masalah kerja, masalah peribadi, nak jenjalan, yang mana ada family nak jaga laki, bini, anak2..makan pakai dorang, urusan umahnya lagi..cam terbebankan..tapi tulah, setiap yang kita pilih ada benda yang perlu kita bayar. dan tak semua benda bagi semua orang kita akan dapat semuanya. Ada orang yang bertuah dengan apa yang dikurniakan padanya. Ada yang terpaksa hilang sesuatu untuk dapatkan sesuatu. Bagi aku, sebagai diri sendiri memang kadang-kadang kita akan rasa tak puas hati, mengapa kita tak hidup macam orang lain. Mudah je dapat apa yang dia mahu. Tapi tahukah kita apa yang kita nampak best tu tak semestinya best bagi dia. Mungkin dia pun tengok kita dan nak kehidupan macam kita. Kita tak tahu apa dalam hati masing-masing kan..

Sebagai manusia yang beragama..BERSYUKURLAH..
Bersyukur dengan apa yang kita ada. Percaya pada takdir. Percaya pada ketentuan.
Kita yang menjalankan hidup kita sendiri. Belajar dari kesilapan..
Saya selalu mengingatkan diri agar menjadi kuat setiap hari. Tabah hadapi hidup. Tapi kadang-kadang tewas dengan persekitaran dan feeling sendiri. Bab2 airmata ni mak memang ratu uols...hehe

So, memang hidup macam ni. Kalau asik mengeluh tentang masalah, kecewa, sentap, memang itu yang kita hadapi hari-hari. Cuma, kadang-kadang orang tak paham yang kita cuma meluahkan apa yang ada dalam hati kita. Tak dapat selesaikan masalah pun takpe asalkan ada orang dengar pun dah cukup. Bagi kita kadang-kadang respon...'yeke?...'ohhh..' pun dah cukup. Tak dapat setle kan takpe..saya paham..Kita cuma nak ada orang mendengar sebab kita sedia maklum itu masalah dalam kehidupan sehari-harian kita. Nak taknak kita kena hadapi jugak. Cuma saya kalo boleh taknak terlalu ikutkan perasaan walopun perkara macam tu berlaku jugak. Nak2 lagi kita tengok kat TV ada cerita yang lebih kurang sama dengan masalah yang kita hadapi masa tu. tambah pulak dengan lagu2 mendayu tersusuk duri dihatiku...pehhhhh layan tak hengat.. terus rasa macam kita pulak yang berlakon watak tu..hehe
(berdasarkan pengalaman Rohana bukan nama sebenar)

Oleh itu...ehem..marilah kita bersama-sama menadah tangan mengucapkan Alhamdullilah atas kurniaan ini. Masalah dan dugaan tu sebenarnya satu kurniaan kerana tak semua orang kuat untuk hadapi tu semua. Kita antara yang terkuat dan tertabah (iskh perosak bahasa sungguh!) Yakin pada diri dan teruskanlah meluah perasaan walo takde sapa yang mendengar atau mendengar sekadar mengambil hati...(tak semua macam tu)..

Selamat malam dunia..Selamat malam sayang..


Yeah...go Ana go..enter your own problems..Fight! Fight! Fight!!

2 comments:

  1. tarikh yang cantik...amik kesempatan hapdet blog..tanda! tanda!!

    ReplyDelete
  2. Nice to meet u in her Along... ;-)

    ReplyDelete